Sabtu, 15 Januari 2011

BELAJAR BAHASA MALAYSIA (PERLIS)

PERINGATAN
Budak-budak nak ambik periksa kertas BM, jangan pakai
bahasa ni pulak, tak pasai-pasai fail nanti.

1. Ayaq = Air
2. Kasuit = Kasut/Selipar
3. Gerek = Basikal (err kat singapore gerek ada makna
lain)
4. Tok = Nenek
5. Wan = Atok
6. Chaq = Atok
7. Depa = Mereka (dia orang)
8. Kapo = Korang
9. Mereka = Buat cerita
10. Hang = Kamu / Awak
11. Hangpa = Kamu semua / Awak semua
12. Mak Penakan = Emak Saudara
13. Pak Penakan = Bapa Saudara
14. Anak Penakan = Anak Saudara
Cucu cicit tok wan penakan tu boleh digunakan
sebab disini
perkataan PENAKAN di umpakan sebagai SAUDARA. Tapi
dilarang
keras dari menggunakan perkataan JIRAN PENAKAN
atau
KUCING PENAKAN dsb.
15. Moi = Bubur Nasi
16. Buboq = Bubur
17. Kola = Kuala
18. Keleboq = Lumpur
Bagi orang Kuala Lumpur yang nak belajar bahasa
Perlis,
jangan pulak di translate kan perkataan KUALA
LUMPUR tu
sebagai KOLA KELEBOQ.. hahahah
19. Pungkoq = Punggung
20. Merenyeh = Cakap banyak
21. Gatai = Gedik
22. Hemoi = lebih kurang cakap banyak laa tapi mende
baik
23. Keluaq = Keluar
24. Ajaq = Ajar
25. Achaq = Limbahan
26. Acaq = Acar (acar buah, rebung etc)
27. Rimbuk = Tumbuk / Kilas
28. Lintaq = Kilat
29. Reban = Roboh
30. Lau = Reban Ayam/itik
31. Gelema = Kahak
32. Cerendek = Lebih kurang dengki laa tapi dalam diam
33. Lepoit = Lembek
34. Cungit = Jongkit
35. Cungang-cungit = Jongkang-Jongkit
36. Darai = Pondan / Maknyah dan seangkatan dengannya
37. Gelemat = Pekat
38. Kelam = Gelap
Kalau KELAM GELEMAT tu maknanya GELAP PEKAT la
39. Merelit = Berkilat
40. Merelau = Bersinar
41. Ulu = Arah Hulu
42. Hiliaq = Arah Hilir
43. Menyatuh = Arah Matahari Jatuh
44. Mentenait = Arah Matahari naik
45. Kelepiat = Menepis
46. Liplap = Berkelip-kelip
47. Damuih = Kotor
48. Kincit = Cirit
49. Ayaq Menek = Air Lemenate Sasparica
(err ade lagi ke ayaq ni) atau sebarang air botol
50. Mentara = Chief tukang masak masa kenduri
Fyi, Kumpula Rock MANTERA tu bukan di anggotai oleh
Chief tukang masak masa kenduri

51. Sawa = Ciku
52. Ulaq = Ular

Buah Sawa tu maknanya Buah Ciku la tapi jangan di
campurkan ULAQ SAWA tu sebagai ULAR CIKU hahaha


53. Geremau = Cakar
54. Randuk = Harung
55. Jahama = Muqaddam
56. Majai = Meyampah
57. Meghela = Lebih kurang gedik jugak la
58. **** = Kemaluan perempuan (heheh kene hide mende
ni)
59. **** = Kemaluan lelaki (ni pun sama)
60. Mergheli = Dah biasa
61. Kukoq = Parut
62. Nyoq = Kelapa

Kalo orang suruh pi KUKUQ NYOK, maknanya dia suruh gi
Parut Kelapa la.

63. Awat = Kenapa
64. Sat = Kejap
65. Pekan = Bandar

Kalo dengar orang perlis cakap nak pi PEKAN sat,
maknanya dia nak gi ke bandar laa bukan nak gi Pekan
Pahang.

66. Maaloh = Mualaf
67. Ketegaq = Degil
68. Tertomoih = Tersungkur
69. Kerkoh = Gigit
70. Mentahkedarah = Makan sampai tak ingat dunia
71. Hora = Joli katak
72. Wang Wing = Kesana sini takde arah tujuan
73. Taa hun = Soo Hun
74. Ta huu = Tauhu
75. Toyu = Kicap
76. Gagah = Tak Putus Asa
77. Kupang = Puluh Sen
78. Duit = Wang / Sen

Kalo orang perlis cakap TIGA KUPANG LIMA DUIT tu
maknanya Tiga Puluh Lima Sen la

79. Hayer = Rasa yg manis kearah kelat
80. Segan = Malu
81. Malaih = Segan
82. Kebuloq = Lapar
83. Durian = Deroyan
84. Rambutan = Buah Rambuit
85. Serun = Seram sejuk
86. Meron = bakar

kalo membakar sampah cuma perlu sebut memeron, tak yah
laa sebut memeron sampah kang percuma jek kene gelak.

87. Pelat/Pelaq = Berpaling tadah, berubah fikiran
dengan cepat

Contohnya "Hang jangan dok buat pelat" maknanya "Hang
jangan nak ubah fikiran atau jangan berpaling tadah"

88. Gerik = Gigit sekali sikit atau di gigit serangga
/ binatang kecil

Contohnya " Kain tu di gerik lipas" maknanya " kain tu
di makan/gigit lipas"

89. Market = Pasar (heheh kelas orang kampung aku
cakap omputih)
90. Ghembang = Tengah hari
91. Pelek = Telo / Slang
92. Cakuih = Cuit
93. Carik = Koyak
94. Tutuh = perkataan keras untuk Makan/Pukul
95. Tuntun = Sorong atau pimpin (sorong utk motosikal/
basikal, pimpin untuk anak adik awek etc) heheh


AAaaa aku tak ingat dah apa dia lagi,, sapa sapa yg
ada idea tuh sila tambah.. yg tak betoi tu sila
betoikan..

***INI HANYA DICOPY DR SEBUAH BLOG,JIKA ADE SALAH HARAP MAAFKAN***

Tiada ulasan:

Catat Ulasan